Ditolak bank, PKS cari along

October 19, 2022 · Isu semasa

Banyak perniagaan kini beralih kepada bentuk pembiayaan alternatif dengan kos lebih tinggi berikutan kesukaran mendapat pinjaman daripada bank kata Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) William Ng.

Ini termasuk pembiayaan ‘peer-to-peer’ (P2P) yang membolehkan perniagaan mengumpul dana daripada pelabur menerusi platform dalam talian.

Namun katanya ada juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lain yang beralih kepada pinjaman wang tidak berlesen bagi mendapatkan wang pendahuluan menyebabkan mereka menanggung kadar faedah lebih tinggi.

Katanya, dokumentasi yang lemah dan sumber kewangan tidak memberangsangkan menjadi punca utama PKS sukar mendapat kelulusan pinjaman bank.

“Pandemik menjejaskan kemampuan banyak PKS untuk beroperasi. Kesannya, rekod kewangan bagi 2020 dan 2021 menunjukkan kesan tidak ideal. Jadi, ia menyukarkan pihak bank meluluskan pinjaman kepada mereka,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Menurutnya kajian dijalankan Samenta pada Julai turut mendapati punca lain termasuk kurang modal kerja selain aliran tunai tidak mencukupi.

Beliau melahirkan keyakinan sudah tiba masa untuk bank menunjukkan keanjalan lebih besar mempertimbangkan data alternatif bagi kelulusan pinjaman termasuk data perniagaan seperti trend jualan, pemilikan aset dan penguasaan pasaran.

Malah beliau turut  berharap Bank Negara Malaysia boleh menerajui dalam mengenal pasti ciri lebih luas bagi menyakinkan pihak bank ketika memproses permohonan pinjaman.

“Ini akan memberi peluang lebih baik kepada perniagaan kecil-kecilan mendapatkan pembiayaan diperlukan mereka,” katanya.

Namun Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Hamirullah Boorhan berkata kadar kelulusan bagi suku kedua tahun ini (2Q22) dilihat lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kadar kelulusan meningkat 21.7%, didorong permohonan pinjaman lebih tinggi,” katanya yang turut mengesyorkan penggunaan penyelesaian perbankan digital kerana memudahkan penyimpanan rekod.

Berita berkaitan
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar KWSP untuk buat pinjaman
March 11, 2023· Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan pertimbang cadangan MPN supaya PKS diberikan moratorium
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok