Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800

June 6, 2023 · Isu semasa

Seorang jurujual di sebuah syarikat telekomunikasi membuat laporan polis semalam apabila mengalami kerugian RM524,800 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berumur 33 tahun dari daerah Padawan itu mendakwa dia pada mulanya tertarik dengan skim pelaburan itu yang ditawarkan melalui media sosial Facebook, dan telah menghubungi suspek, lapor Bernama.

Beliau berkata suspek menerangkan kepada lelaki itu bahawa keuntungan 20 peratus akan diperoleh daripada nilai pelaburan yang dibuat, dan telah menyuruh jurujual itu memasukkan wang ke beberapa akaun kononnya sebagai pelaburan.

“Tanpa ragu-ragu lelaki itu melakukan 19 transaksi pindahan wang keseluruhan berjumlah RM524,800 ke tujuh akaun bank berbeza antara 28 April dan 5 Jun lepas. Lelaki itu hanya menyedari telah ditipu setelah suspek gagal dihubungi kemudiannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Azman seterusnya menasihatkan orang ramai agar hanya melabur di platform betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok