Ditipu pelaburan kripto dan saham, dua lelaki rugi RM3 juta

July 11, 2023 · Isu semasa

Dua lelaki berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan pelaburan mata wang kripto dan saham berjumlah RM3,147,714 pada Februari dan Mei lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bagi kes pertama, mangsa merupakan seorang doktor pakar telah ditipu menerusi pelaburan mata wang kripto melibatkan kerugian lebih RM2 juta pada Februari, menurut laporan Bernama.

Hussein berkata mangsa berusia 57 tahun itu, berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Profesor Kim So Young’ yang kononnya merupakan warga Korea menerusi aplikasi LinkedIn pada bulan yang sama.

Beliau berkata suspek menawarkan lelaki itu menyertai pelaburan dikenali ‘Trading Crpytocurrency’ dan mangsa telah mendaftar serta membuka akaun perdagangan di laman web https://www.ixtik.rest.

“Mangsa kemudiannya melakukan pemindahan wang dalam talian sebanyak 55 kali ke 37 akaun bank berbeza, yang diberikan oleh suspek bagi tujuan membeli mata wang USD untuk ditukarkan dalam bentuk mata wang kripto dengan wang berjumlah kira-kira RM2.097 juta.

“Doktor pakar itu membuat laporan polis di Ampang Jaya setelah akaun pelaburan tersebut tidak dapat diakses dan suspek tidak lagi dapat dihubungi,” katanya menerusi kenyataan.

Bagi kes kedua, Hussein berkata seorang pesara jurutera syarikat swasta turut ditipu menerusi pelaburan saham setelah berkenalan dengan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Anna’ menerusi aplikasi LinkedIn sekitar Mei.

“Mangsa ditawarkan menyertai pelaburan saham dan dibawa masuk ke dalam kumpulan WhatsApp ‘1 Year 10 Times Wealth Club’ sebelum diminta memuat turun aplikasi ‘PSLUS’ untuk membuka akaun pelaburan serta membuat bayaran deposit.

“Mangsa yang telah membuat bayaran deposit melibatkan 19 transaksi berjumlah RM1.052 juta menerusi lapan akaun bank berbeza sejak 15 Jun hingga 2 Julai lepas, menyedari ditipu apabila pihak khidmat pelanggan tidak tidak lagi menjawab pesanannya lalu membuat laporan polis di Sepang,” katanya.

Susulan itu, Hussein menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan pelaburan mata wang kripto, saham atau apa jenis pelaburan ditawarkan dalam talian terutama menerusi media sosial yang kononnya menawarkan keuntungan besar dalam masa singkat.

“Orang ramai diingatkan membuat semakan di laman web Bank Negara Malaysia bagi menentukan sama ada sesuatu syarikat pelaburan tersebut berdaftar atau tidak sebelum membuat pelaburan,” katanya.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
21 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok