Ditipu panggilan palsu ‘pegawai KKM’, wanita lesap RM132,000

May 3, 2022 · Isu semasa

Gara-gara panik kerana didakwa meminta ubatan berlebihan di sebuah klinik komuniti, seorang pengurus sumber manusia kerugian RM132,900 setelah menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata wanita bekerja di syarikat swasta itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan bertugas di Bahagian Pemeriksaan Bekalan Ubatan pada 18 April lepas, lapor Bernama.

“Mangsa diminta untuk mengesahkan sama ada pernah mengambil ubat-ubatan seperti panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selesema secara berlebihan di sebuah klinik komuniti.

“Mangsa menafikan dakwaan itu namun panggilan kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki lain menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa juga mempunyai rekod terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata mangsa berusia 47 tahun itu juga ditakutkan sekiranya tidak mengaku kesalahan tersebut, waran tangkap akan dikeluarkan.

Katanya panik dengan ugutan itu, mangsa membuat pindahan wang sebanyak lima kali ke dalam akaun yang sama bermula 22 hingga 26 April berjumlah keseluruhan RM132,900.

Beliau berkata suspek juga meminta mangsa menunggu keputusan siasatan tersebut dan pada 30 April lepas, mangsa menerima panggilan telefon dan diminta untuk membuat bayaran tambahan.

“Merasakan dirinya tertipu, mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama (April 30) dan suspek kini sedang dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak akaun bank atau nombor telefon diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan untuk laporan sebarang jenayah ataupun aktiviti mencurigakan supaya menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau balai polis berdekatan.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok