Ditegur tidak bekerja dipercayai punca lelaki bunuh abang, kakak ipar

July 8, 2022 · Isu semasa

Berang ditegur kerana tidak bekerja dipercayai motif pembunuhan pasangan suami isteri yang ditemukan maut dengan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa wanita dengan suspek berusia 61 tahun yang merupakan adik iparnya itu selepas ditegur kerana tidak bekerja, menurut laporan Bernama.

“Suspek lelaki jenis panas baran itu kemudiannya dikatakan merosakkan komputer di rumah dan naik marah. Terdapat dendam lama sebelumnya yang masih dalam siasatan namun mangsa tidak pernah membuat laporan polis sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, suspek turut menyerang suami kepada mangsa yang juga abangnya dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada rekod sakit mental dilaporkan pada suspek setakat ini.

Mior Faridalathrash berkata berdasarkan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mangsa mendapati senjata yang mungkin digunakan ialah tali untuk menjerut leher mangsa, pisau kecil dan objek tumpul yang menyebabkan kesan cedera menggunakan belakang kapak.

Menurutnya punca kematian suri rumah Ooi Tin Lu, 59, dan suaminya Ng Chun Hon, 64, seorang mekanik adalah disebabkan kecederaan akibat objek tajam dan tumpul di bahagian kepala.

“Pemeriksaan luaran pada kedua-dua si mati terdapat beberapa luka seperti luka tetak, tikaman dan luka koyak di bahagian kepala.

“Luka-luka tersebut telah menyebabkan kepatahan tengkorak dan pendarahan di bahagian otak,” katanya.

Katanya pemeriksaan bahagian leher mangsa lelaki juga mendapati terdapat kesan jerutan iaitu kecederaan berlaku selepas kematian mangsa.

Semalam, mayat kedua-dua mangsa ditemukan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh abang Chun Hon yang balik ke rumah selepas bekerja, lalu melaporkan kepada polis kira-kira 8.50 pagi.

Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan dengan satu daripadanya tertiarap manakala satu lagi tersandar pada dinding dipercayai mati akibat kecederaan di kepala disebabkan senjata tajam dan objek tumpul namun tiada senjata ditemukan.

Susulan itu, polis memburu suspek yang juga adik lelaki Chun Hon yang menghilangkan diri bersama kereta jenis Proton Saga milik Ooi dan berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira 7.45 malam tadi dan menemukan sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
9 jam lalu· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
10 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
15 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
23 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok