Ditamatkan perkhidmatan, bekas Ketua Pengarah KPPA pertimbang ambil tindakan

December 13, 2022 · Isu semasa

Susulan penamatan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa secara mengejut, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah tidak menolak akan mengambil tindakan undang-undang selepas ini.

Shafiq nyata terkilan dengan layanan pihak kerajaan dengan tindakan penamatan perkhidmatan terhadapnya dan mahu mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan haknya sebagai seorang penjawat awam.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam.

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota Perkhidmatan Awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shafiq yang sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadapnya, malah tidak pernah mengancam kepentingan awam serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti.

“Untuk maklumat rakyat Malaysia, saya menegaskan bahawa saya tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan saya semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), saya telah menjalankan tugas saya secara amanah dan tegas,” katanya lagi.

Shafiq berkata, beliau hanya menerima surat penamatan perkhidmatan itu, yang mula tersebar di media sosial semalam biarpun ia bertarikh 1 Disember lalu.

Katanya, beliau juga tidak diberikan notis munasabah berikutan tarikh berkuat kuasa penamatan perkhidmatan itu adalah pada hari sama beliau menerima surat berkenaan.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatannya, ada beberapa penambahbaikan dalam perkhidmatan yang cuba diusahakan termasuk penambahkaikan semua organisasi agensi dan jabatan kerajaan supaya boleh berfungsi lebih optimal dan efisien; penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta Yang Melebihi 15 Hari 

Bagi Rawatan Pesakit Luar Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan serta arahan pusingan kerja, lawatan mengejut turun padang dan memberikan teguran untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan.

Pun begitu, katanya, perkara berkenaan tidak disenangi oleh segelintir pegawai awam yang mempunyai kepentingan dalam perkhidmatan awam dan juga bersama pihak luar.

“Justeru, beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu-isu viral di media sosial dan media massa yang semakin memuncak dengan tindakan penamatan perkhidmatan saya semalam,” ujarnya lagi.

Tanpa menamakan sesiapa, Shafiq turut mendakwa ada usaha untuk menghalangnya bertindak dengan efisien dan segera apabila beberapa mesyuarat penting kenaikkan pangkat ditangguh oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Mesyuarat seperti Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat perkhidmatan Awam.

Katanya, beliau juga tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya untuk melantik dan memberikan kenaikkan pangkat pegawai awam kerana ia perlu melalui Mesyuarat Lembaga.

“Kelewatan mengadakan Mesyuarat Lembaga telah menyebabkan banyak jawatan penting yang kosong dalam sektor awam tidak dapat diisi dengan segera, terutamanya di peringkat pengurusan tertinggi Kementerian atau Agensi.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa Jemaah Menteri sebelum ini telah pun memutuskan untuk tidak mempertimbangkan penyambungan perkhidmatan Pegawai Awam secara kontrak bagi yang telah bersara.

“Ini kerana ia akan memberikan beban kewangan kepada Kerajaan dengan pembayaran pencen dan gaji pada masa yang sama. Pelaksanaan keputusan Jemaah Menteri ini juga tidak dapat dilaksanakan segera disebabkan tekanan oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya.

Berita berkaitan
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Rakyat hormat undang-undang, tapi kerajaan bebas perasuah: MP Pasir Puteh
September 14, 2023· Politik
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok