Diminta belanja tiket balik mengundi, Sarawak teliti dari sudut perundangan

October 18, 2022 · Isu semasa

Sarawak mempertimbangkan permintaan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung yang memohon subsidi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Berita Harian, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan sedia meneliti dan mempertimbangkan pemberian subsidi jika ia tidak bertentangan dengan undang-undang pilihan raya.

“Perlu saya jelaskan di sini, apa yang saya katakan itu adalah kerajaan sedia mempertimbangkan apabila ada yang bertanya jika kerajaan Sarawak akan menanggung kos tiket penerbangan untuk anak Sarawak khususnya pelajar di luar Sarawak untuk balik mengundi.

“Orang bertanya, jadi saya kena jawablah dan saya akan bertemu dengan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya kerana kita mahu menelitinya dari sudut perundangan,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan dan Pameran Air dan Air Kumbahan Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2022, hari ini.

Sabtu lalu ketika menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung dalam sesi Sarawak Agenda: Town Hall di Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS), Abang Johari dilaporkan berkata, “bila pilihan raya saya tidak tahu tapi akan dipertimbangkan (subsidi balik mengundi).”

Kenyataan Abang Johari itu menerima pelbagai reaksi dengan ada yang mendakwa ia menyalahi undang-undang pilihan raya.

Namun ramai juga yang gembira dan berharap ia menjadi kenyataan kerana mereka mahu balik ke Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

 

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok