Didakwa hidup mewah, peniaga burger rayu henti selongkar hidupnya

April 29, 2021 · Isu semasa

Selepas tular gaya hidup mewah di media sosial, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, peniaga burger yang dikenakan kompaun RM50,000 merayu kepada seluruh rakyat supaya berhenti menyelongkar hidupnya.

Berkongsi di Facebooknya, Wan Faisal berkata hanya mereka yang terdekat mengetahui kisah sebenar kehidupannya.

“Orang yang kenal kita sahaja yang tahu segala kisah kita, yang viral-viralkan itu tidak tahu menahu, dah kita mampu bayar, sekarang nak bagitahu kita berniaga kecil macam ni kena kompaun RM50k.

“Kita beli kereta sebelum Covid, jadi cukup-cukuplah tu,” katanya hari ini.

Sementara menurut Sinar Harian, isterinya, Norlaili Shafii, 37, mereka sudah 16 tahun berniaga dan kesemua harta seperti rumah di Kampung Rambutan Rendang dan kereta jenis Honda Civic yang digembar-gemburkan itu hasil titik peluh mereka sebelum serangan pandemik lagi.

“Tak termampu saya nak jelaskan satu persatu, malu pun ada, sebak pun ada. Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami.

“Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun. Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah.

“Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. ALLAH Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu,” katanya.

Berhubung gambar tular memaparkan suaminya dengan resit makan steak lebih RM900, katanya, ia berlaku pada Disember tahun lalu.

Gambar Wan Mohd Faisal makan steak di sebuah restoran juga ditularkan oleh netizen.

“Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan steak mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim.

“Sebelum Covid-19, saya berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi. Pendapatan kami terjejas sejak setahun lalu kerana pandemik. Berhentilah siasat sebab boleh jadi fitnah,” katanya.

Sementara itu, Norlaili turut menafikan dakwaan terhadap komen seorang netizen yang mengatakan gerainya mempunyai karaoke.

“Saya tidak mengenali dia, bukan orang kampung saya dan tidak pasti komen itu ditujukan kepada peniaga mana kerana gerai saya tidak ada karaoke,” katanya.

Mereka antara tiga peniaga dikompaun RM50,000 termasuk seorang pemilik kedai runcit dan seorang lagi peniaga colek pada Ahad kerana dipercayai melanggar SOP akibat berniaga lebih masa.

Kesemua peniaga membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masih menunggu jawapan daripada pihak berkenaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
21 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok