Dibidas Rafizi bawa idea ‘songsang’, Najib balas raja formula ‘songsang’

March 23, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak membalas balik kritikan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan melabelnya sebagai raja formula ‘songsang’.

Bekas Perdana Menteri (PM) itu berkata tidak mahu menjadi raja formula ‘songsang’ dalam satu hantaran di akaun Facebooknya, ia sebagai respon terhadap Rafizi yang tidak bersetuju dengan cadangan Najib supaya Petronas menyelamatkan Sapura Energy Berhad.

Najib menafikan mahu mengambil inisiatif atau menggalas tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan oleh pembangkang dan menyifatkan kenyataan Rafizi itu menunjukkan hanya mementingkan kepentingan politik Pakatan Harapan (PH) dan bukan rakyat.

“Rupanya ini sebab utama kenapa Rafizi nak sasarkan saya. Dia kata PH menjadi lemah sebab saya telah rampas kedudukan dan keupayaan PH untuk berhubung dengan Rakyat.

“Dia kata dia mahu ambil semula inisiatif ini dari saya. Ini kira dia nak bangkang saya hanya sebab nak membangkang demi kepentingan politik.PH.

“Bukan sebab saya salah. Bukan juga untuk kepentingan Rakyat atau negara. Cuma demi kepentingan politik PH. (Saya pun tak mahu inisiatif ini, kamu boleh ambil balik sebab saya tak berhasrat jadi Raja Formula Songsang),” kata Najib.

Rafizi semasa menolak cadangan untuk menyelamatkan Sapuran itu berkata berbilion-bilion wang rakyat dibelanjakan kepada beberapa kerat syarikat korporat dalam keadaan semua perniagaan dan semua pekerja di segenap peringkat menghadapi kesusahan, adalah tidak adil.

Lebih-lebih lagi katanya, apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad lalu.

“Walaupun terus diberi suntikan wang rakyat, Sapura terus mengalami masalah kewangan ketika harga minyak mentah berada pada paras yang tinggi, berbeza dengan syarikat minyak lain yang mendapat durian runtuh apabila harga minyak mentah dunia naik.

Rafizi berkata jika gesaan Najib diberi perhatian, maka peruntukan itu untuk membela segelintir golongan elit, sedangkan semasa golongan ini bermewah hasil daripada pembiayaan wang rakyat, mereka tidak pula memikirkan tanggungjawab memberi pulangan pelaburan yang baik kepada rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata wang rakyat itu boleh digunakan untuk membina kepakaran dan kemahiran usahawan-usahawan kecil, anak-anak muda, serta memberi pinjaman pendidikan.

“Saya akan terus memantau isu ini dan membentangkan angka-angka dalam hari-hari yang seterusnya untuk mengingatkan rakyat supaya jangan terpedaya sekali lagi dengan idea pengurusan ekonomi dari Najib.

“Saya menunggu sama ada beliau akan membalas kenyataan saya ini, seperti mana beliau begitu ghairah menjawab semua isu di media sosialnya selama ini. Sekembalinya saya ke arena politik, insya-Allah setiap idea songsang Najib akan menerima maklum balas dari saya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023· Politik
Puad pertahan kritikan terhadap Rafizi berhubung isu ‘formula’
June 7, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok