Dibebaskan atau perlu bela diri, kes Syed Saddiq diputuskan pada Jumaat ini

October 26, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan atau dipanggil membela diri pada Jumaat ini.

Ahli Parlimen Muar itu berdepan pertuduhan pecah amanah dana RM1 juta dan pengubahan wang haram parti politik.

Keputusan berhubung kes tersebut akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq.

Pendakwaan menutup kes pada 27 September lalu selepas mengemukakan keterangan 30 saksi termasuk bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rafiq Hakim Razali.

Selain itu, ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz, 62 serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, 69, turut memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah antara lain diberitahu, wang RM1 juta yang dinyatakan dalam pertuduhan pecah amanah terhadap Syed Saddiq merupakan nilai terbesar yang pernah dikeluarkan daripada akaun milik Armada.

Wang tersebut dikeluarkan pada 6 Mac 2020 atas arahan tertuduh yang mahukan ia `dilupuskan’ selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung kehilangan wang RM250,000 daripada peti besi di rumahnya.

Rafiq ketika memberi keterangan turut menyatakan wang RM1 juta itu digunakan untuk melaksanakan program-program Armada dan sayap parti Bersatu itu tidak mengalami kerugian meskipun berlaku pengurangan wang dalam akaunnya.

Menurut Rafiq, 32, pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak sejak awal lagi.

Rafiq berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan dari bank pada 6 Mac 2020.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguam utama, Gobind Singh Deo mewakili pembelaan.

Syed Saddiq dibicarakan terhadap pertuduhan pindaan bersubahat dengan Rafiq melakukan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta sebuah parti politik.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan pindaan menyalahgunakan harta RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 April sehingga 21 April 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kejadian itu didakwa dilakukan di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok