Dewan Rakyat: RM11.2 bilion wang tidak dituntut setakat 30 April

May 24, 2023 · Isu semasa

Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, setakat 30 April lalu, terdapat sebanyak RM11.2 bilion jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang sedang diuruskan Jabatan Akauntan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kira-kira 70 peratus daripada jumlah WTD itu, adalah wang di dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih, menurut laporan Bernama.

“Setakat semalam, kita telah mengembalikan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu jumlah WTD yang tersimpan setakat 31 Mac lepas dan bentuk cadangan bagi memanfaatkan wang tersebut yang terbiar lama untuk pembangunan negara.

Menurutnya daripada jumlah WTD itu, kerajaan telah menyimpan sebanyak RM10 bilion dalam simpanan tetap dan hasilnya kerajaan telah memperoleh hasil RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata RM250 juta kemudian telah dikembalikan semula dalam wang disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan bantuan rakyat.

Ahmad berkata WTD juga didefinisikan sebagai wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat yang mempunyai lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Fong supaya WTD turut digunakan sebagai biasiswa pendidikan kepada rakyat, Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk mempertimbangkannya, namun tumpuan ketika ini diberikan untuk mengembalikan semula wang itu kepada rakyat.

Beliau berkata rakyat yang mahu membuat tuntutan WTD tidak perlu menggunakan ejen, malah tiada bayaran yang dikenakan dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh merujuk portal Jabatan Akauntan Negara iaitu www.janm.gov,my atau https://egumis.anm.gov.my.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok