Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17

July 18, 2022 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014, lapor Bernama.

Tragedi itu genap lapan tahun semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan perkara itu sebelum sesi soal jawab bermula.

“Saya dan semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat (Parlimen) amat bersedih dengan insiden itu dan dengan demikian melahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga penumpang dan sahabat handai serta anak-anak kapal MH17.

“Saya berdoa agar keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini. Saya bagi pihak Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH17,” katanya.

Beliau kemudiannya menjemput semua Ahli Parlimen untuk bangun, dengan yang beragama Islam diminta membaca surah al-Fatihah manakala bukan beragama Islam bertafakur selama satu minit.

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu.

Terdahulu, Azhar berkata Malaysia berada dalam fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan penekanan terus diberi kepada usaha-usaha menangani risiko penularan COVID-19 dengan mengambil langkah-langkah kesihatan awam yang sewajarnya.

“Bagi memastikan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, surat edaran prosedur operasi standard (SOP) MySOP dan Garis Panduan Kemasukan Ahli Parlimen dan Pegawai Pengiring telah diedarkan di atas meja Ahli-Ahli Yang Berhormat,” katanya.

Azhar berkata langkah-langkah sama turut diambil seperti yang dimaklumkan pada 14 Sept tahun lepas untuk meningkatkan kualiti udara dalaman bagi membasmi virus COVID-19.

 

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok