Dewan Rakyat: MP UMNO bidas menteri UMNO isu banjir di KL

July 18, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Kinabatangan (UMNO) Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas menteri daripada parti sama dengannya sambil mengatakan jawapan diberikan pada sidang Dewan Rakyat hari ini sama seperti 15 tahun lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengulas jawapan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pelan jangka panjang dan pendek bagi mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Shahidan berkata langkah tebatan banjir baharu telah membantu imengelak banjir kilat di ibu kota walaupun hujan luar biasa berlaku tiga kali selepas banjir 25 April lalu.

Menurutnya langkah tebatan banjir itu termasuk rancangan segera, jangka pendek, jangka sederhana dan panjang, yang sebahagian besarnya melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tindakan segera yang diambil di kawasan banjir kilat termasuk menaik taraf longkang scupper, kerja-kerja mengorek kelodak, serta kerja-kerja penyelenggaraan kolam tampung banjir, sungai dan parit saliran utama.

“Selain itu, beg pasir telah diletakkan di kawasan aras rendah bagi menghalang air daripada melimpah.

“Kita juga telah meningkatkan penyeliaan dan penyebaran trafik di kawasan panas banjir kilat, dengan menempatkan jentera, pegawai dan lebih 100 warden trafik Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” kata Shahidan.

Bagaimanapun, Bung Moktar tidak puas hati dan meminta jawapan sebenar bagi menjamin keadaan tersebut tidak lagi berulang.

“Jawapan sebegitu saya dengar 15 tahun lalu sudah. Tetapi Kuala lumpur banjir juga. Walaupun saya di Kinabatangan, tetapi saya pun ada rumah di Kuala Lumpur.

“Sidang dewan di Kuala Lumpur, apa jaminan menteri dan kerajaan yang Kuala Lumpur tidak banjir-banjir? Berapa peruntukan yang diperlukan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang terhebat di dunia ini, saya mahu jaminan dia.

“Jangan jawapan balik-balik itu sahaja, tetapi tidak selesai,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Shahidan memberitahu bahawa bukan beliau yang memberi jawapan 15 tahun lalu.

Berita berkaitan
Tiga RUU berkaitan untung luar biasa, cukai jualan dan perkhidmatan diluluskan
August 4, 2022· Isu semasa
Pindaan akta jadikan menghendap sebagai jenayah dibentang di Dewan Rakyat
August 4, 2022· Isu semasa
Dewan Rakyat: Melayu paling ramai bankrap
August 3, 2022· Isu semasa
PRU-15 semakin dekat, mungkin sebulan dua lagi
August 3, 2022· Politik
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
8 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
8 jam lalu · Isu semasa
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
9 jam lalu · Isu semasa
Akaun Telegram Menteri Luar digodam
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok