Dewan Rakyat: Melayu paling ramai bankrap

August 3, 2022 · Isu semasa

Rekod tertinggi mengikut pecahan kaum yang diisytihar bankrap sejak 2020 sehingga Mei lalu adalah kaum Melayu, Dewan Rakyat diberitahu.

Untuk tempoh 2020 sehingga Mei lalu, seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap dengan kebanyakkan melibatkan kaum Melayu iaitu 10,266 kes diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes) dan 48 kes membabitkan bukan warganegara.

Daripada jumlah itu, golongan lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mengikut pecahan negeri pula, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (2,203 kes), Johor (1,987 kes), Sabah (1,642 kes) dan Perak (1,728 kes).

Mengikut pecahan umur pula, beliau berkata, golongan berusia 34 tahun hingga 44 tahun merekodkan jumlah teramai iaitu 6,681 kes, diikuti usia 45 tahun hingga 54 dengan 4,819 kes.

“Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Soalan berhubung isu bankrap diajukan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar).

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok