Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan

March 21, 2023 · Isu semasa

Cadangan supaya pencarum dapat membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Cagaran bagi mendapatkan pinjaman itu sebelum ini dicadangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar untuk mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) bertanyakan Perdana Menteri mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan kepada pencarum yang layak dipertimbangkan untuk skim berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Turut menarik perhatian, soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri sama ada Lim Guan Eng (PH-Bagan) telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan sebab pembatalan dibuat sekiranya ada, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Feb 2020.

Dalam pada itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ingin tahu sama ada Kementerian Pendidikan boleh mempermudah urusan perolehan dan pembelian alat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh pihak sekolah seperti mesin cetak, komputer dan komputer riba pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) pula meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian bersedia untuk menjalankan ujian penghasilan bio bahan api daripada minyak kelapa sawit seperti yang telah mula dilakukan Indonesia.

Selesai sesi berkenaan, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Kesihatan.

Berita berkaitan
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
19 jam lalu· Isu semasa
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
KWSP jual aset runcit di Lembah Klang dan Johor: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
18 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok