Dewan Rakyat buat pusingan-U, batal penolakan sambung Sosma

July 20, 2022 · Isu semasa

Dewan Rakyat hari ini (20 Julai 2022) memutuskan untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) pada 23 Mac lalu yang menolak penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), berhubung tempoh penahanan 28 hari.

Seramai 105 MP menyokong usul itu manakala 83 menolak, dengan 32 MP tidak hadir, kata Speaker Tan Sri Azhar Harun petang tadi.

Keputusan itu membuka jalan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengemukakan usul baharu bagi melanjutkan tempoh berkuat kuasa Subseksyen 4 (5) Sosma selama lima tahun lagi.

Tempoh berkuat kuasa akan berakhir pada 31 Julai dan mesti diperbaharui setiap lima tahun untuk menjadikannya sah dan terpakai.

“Jika undi ini lulus, saya boleh membentangkan usul untuk memperbaharui klausa minggu depan,” kata Hamzah sebelum pengundian.

Terdahulu, 15 MP kerajaan dan pembangkang telah membahaskan perkara itu dengan ada yang berpendapat ia mungkin membantu membendung jenayah dan menjaga keselamatan orang ramai, manakala yang lain berhujah bahawa tahanan tidak akan dapat bertemu mana-mana wakil atau hakim selama 28 hari.

Pada 23 Mac, usul kerajaan untuk meneruskan kuasa menahan suspek sehingga 28 hari tanpa bicara di bawah Sosma telah ditolak oleh MP apabila pindaan itu diundi di Dewan Rakyat, dengan ramai MP kerajaan tidak hadir.

Itulah kali pertama rang undang-undang kerajaan ditolak di Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Tiga RUU berkaitan untung luar biasa, cukai jualan dan perkhidmatan diluluskan
August 4, 2022· Isu semasa
Pindaan akta jadikan menghendap sebagai jenayah dibentang di Dewan Rakyat
August 4, 2022· Isu semasa
Dewan Rakyat: Melayu paling ramai bankrap
August 3, 2022· Isu semasa
PRU-15 semakin dekat, mungkin sebulan dua lagi
August 3, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022 · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok