Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti

August 9, 2022 · Isu semasa

Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan Berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata 52 senator menyokong RUU itu manakala tujuh tidak hadir ketika undi blok berlangsung.

Beliau berkata, bacaan kali kedua di Dewan Negara dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyaksikan 32 senator membahaskan RUU itu termasuk hukuman sama ada ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti.

Menurutnya RUU itu dijangka berkuat kuasa sebelum pertengahan September depan.

Katanya RUU itu yang selesai proses kelulusannya di Parlimen akan dikembalikan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi memohon perkenan baginda seperti diperuntukkan di bawah Perkara 66(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, sebaik RUU itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Peguam Negara akan sekali lagi mempersembahkan permohonan kepada baginda untuk mendapatkan perkenan baginda supaya RUU ini dapat dikuatkuasakan.

“Ini adalah peraturan dalam RUU itu sendiri bahawa penguatkuasaannya juga di bawah perkenan baginda. Kalau jangkaan saya tepat, (ia dapat dikuat kuasa) tidak lewat dari pertengahan September. Itu jangkaan, kiraan saya.

“Kebanyakan RUU ini biasanya menteri yang menguatkuasakannya, tapi (RUU) yang ini (membabitkan pindaan) perlembagaan, maka baginda Tuanku yang akan menguatkuasakannya,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas selesai menggulung dan meluluskan RUU berkenaan di Dewan Negara, hari ini.

Wan Junaidi berkata, semua pihak perlu memberi masa secukupnya kepada baginda untuk meneliti dan memperhalusi kandungan RUU itu sebelum sebarang perkenan diberikan.

“Penyelarasan di peringkat Dewan Undangan Negeri satu perkara juga. Bayangkan Tuanku kena bincang dengan 13 negeri, dengan Sultan dan Yang di-Pertua Negeri untuk penyelarasan di bawah Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, bukanlah satu perkara yang boleh kita percepatkan.

“Walaupun Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan negeri boleh menggubal RUU (enakmen) sendiri, sebaik mungkin dibuat juga penyelarasan ini supaya tidak ada percanggahan nanti dari sudut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan RUU itu dengan sejumlah 209 bersetuju, manakala 11 Ahli Parlimen tidak hadir.

Undang-undang antilompat parti dicadangkan oleh kerajaan dan ahli Parlimen pembangkang selepas “Langkah Sheraton” 2020 yang menyaksikan beberapa ahli Parlimen “melompat” daripada parti politik masing-masing, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Rang undang-undang itu adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan gabungan PH.

Berita berkaitan
KBS sokong RUU larang merokok dalam kalangan generasi muda
September 11, 2022· Isu semasa
Khairy harap Sabah sokong Akta Larang Merokok terhadap generasi muda
September 10, 2022· Isu semasa
Hukum Allah mengatasi RUU bertukar parti, kata Hadi
September 3, 2022· Politik
Sudah persembahkan kepada Agong RUU larang lompat parti: Wan Junaidi
August 28, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
11 minit lalu · Isu semasa
Ternak babi terbuka punca sumber air, pantai di Kuala Langat tercemar
35 minit lalu · Isu semasa
Cuepacs bantah tubuh Agensi Kawalan Sempadan: Adnan
58 minit lalu · Isu semasa
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
18 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok