Dewan Negara bahas isu kapal tak siap hari ini, kata Rais Yatim

August 16, 2022 · Isu semasa

Dewan Negara hari ini akan membahas isu kelewatan perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan walaupun kerajaan telah membayar RM6 bilion kepada kontraktor pembinaan, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata usul berkaitan perkara itu akan bermula jam 10 pagi ini dan perbahasan oleh Ahli Dewan Negara akan berlangsung pada sebelah petang setelah semua urusan rang undang-undang diselesaikan.

“Isu perolehan LCS meme­nuhi syarat-syarat yang perlu iaitu bersifat kepentingan awam. Ia juga memerlukan pemerhatian serta-merta dan selaras dengan kehendak am.

“Oleh itu, usul ini tidak wajar dibiar dan didiamkan sahaja. Oleh kerana begitu lama kepen­tingan negara terkait dan tanpa huraian yang jelas dan apa-apa hal berkaitan dengan isu LCS ini harus bertemu dengan titik undang-undang,” katanya menurut Utusan.

Hari ini juga adalah hari terakhir bagi mesyuarat Dewan Negara selepas enam hari bersidang sepanjang bulan ini sebelum ditangguhkan dan bersambung semula pada 8 hingga 22 Disember ini.

Minggu lalu, tiga ahli Dewan Negara mencadangkan supaya isu LCS dibahaskan sebelum persidangannya dijadualkan tamat hari ini.

Ditanya sekiranya beliau mendapat makluman Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan usul tersebut, Rais menyerahkan segala keputusan kepada Speaker Parlimen Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Kalau Dewan Rakyat mahu bersidang, ia boleh dilaksanakan dengan syarat ketua majlis membuat rekuisisinya atau aturan diadakan sidang khas perbahasan. Namun, ini terserah kepada Speaker dan kerajaan jika mahu membahaskan usul itu,” katanya.

Skandal terbaharu yang menggegarkan negara setelah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), meletus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu.

Dalam pendedahan itu PAC berkata kerajaan telah memberikan lebih RM6 bilion wang rakyat kepada BBNS untuk projek pembinaan enam kapal LCS, yang keseluruhannya bernilai lebih RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata BNS telah membelanjakan semua RM6 bilion yang diberikan kerajaan untuk pembinaan enam kapal LCS itu.

Untuk rekod, kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan sebelum digantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ia bermula dengan pemberian surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada BNS pada 2014 untuk membina enam kapal LCS.

Semua kapal itu sepatutnya diserahkan tahun ini, tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak diserahkan sebaliknya sebuah LCS pun belum lagi siap sedangkan RM6 bilion telah diberikan oleh kerajaan semata-mata untuk BNS melaksanakan projek itu.

Seperti 1MDB, projek kapal LCS ini turut berlaku ketika BN dan UMNO memerintah negara.

Berita berkaitan
Perbahasan Bajet 2024 tergendala selepas kurang Ahli Parlimen dalam dewan
October 19, 2023· Politik
Kawan-kawan PMX Maha Kaya bagi guna helikopter tak perlu subsidi: Muhyiddin
October 18, 2023· Politik
Kenaikan cukai SST: Guan Eng cadang kerajaan pertimbangan semula
October 18, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok