Derma darah amalan gaya hidup sihat: Muhyiddin

July 17, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia yang layak untuk menyertai program derma darah bagi membantu Pusat Darah Negara.

Menurutnya aktiviti menderma darah secara berkala merupakan satu amalan gaya hidup sihat.

“Saya menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh merasmikan program tahunan derma darah anjuran Yayasan TSM Charity Golf (TSMCGF) bersama Pusat Darah Negara dan IGB Real Estate Investment Trust di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Menurutnya, program yang sudah memasuki tahun kesembilan ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah serta memberi sokongan kepada Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah negara mencukupi.

“Alhamdullilah, sejak mulanya kempen ini, sebanyak 15,000 beg darah telah berjaya dikumpul. Program ini menyasarkan untuk mengumpul 700 beg darah selama dua hari bermula hari ini (semalam).

“Saya mengajak orang ramai ke Centre Court , Mid Valley Megamall untuk bersama-sama menderma darah kerana ia mampu menyelematkan nyawa mereka yang memerlukan,” katanya.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kepada penganjur program derma darah TSMCGF, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pusat Darah Negara, sukarelawan dan juga penderma-penderma darah.

Berita berkaitan
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022· Politik
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
4 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
7 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
8 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok