Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia

May 5, 2023 · Isu semasa

Bekas ketua perisik, Datuk Hasanah Ab Hamid yang didakwa kemudian dibebaskan atas pertuduhan penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun.

Menantunya, Khairil Qaiyum Aisha mengesahkan perkara itu dan berkata allahyarham meninggal dunia sebelum waktu solat Jumaat hari ini di kediamannya di Desa Pinggiran Putra akibat kanser hati.

“Beliau disahkan menghidap kanser hati sejak September tahun lalu,” katanya, lapor FMT.

Jenazah dikebumikan di Pusara Taman Raudhatul Jannah Kajang.

Sebelum ini, Hasanah yang merupakan bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 25 Oktober 2018 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskan sepenuhnya Hasanah daripada pertuduhan membabitkan RM50.4 juta dalam perbicaraan pecah amanah.

Pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan beliau menyalahgunakan dana dimaksudkan untuk kerajaan yang diterimanya atas kapasiti beliau sebagai ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Hasanah dikenali pada 2018 apabila suratnya kepada pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS ketika itu, Gina Haspel dibocorkan kepada umum.

Dalam surat yang dihantar seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, beliau memohon sokongan AS bagi kerajaan Barisan Nasional yang sedang berkuasa.

Surat itu disahkan tulen tetapi Hasanah berhujah memandangkan ia diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, ia tidak sepatutnya dibocorkan.

Hasanah berkata menjadi rutin bagi pengarah agensi perisikan Malaysia bertukar-tukar pandangan dan mengukuhkan hubungan serta kepercayaan, termasuk dengan CIA.

Berita berkaitan
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka
November 9, 2023· Isu semasa
Perbicaraan dana 1MDB: Tiga pertuduhan dihadapi Najib dibenarkan pindaan
November 6, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
19 minit lalu · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok