Dera dan bunuh anak saudara, pasangan suami isteri didakwa

May 25, 2022 · Isu semasa

Seorang pesara tentera dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak saudara mereka dua minggu lepas.

Zainuddin Noh dan Norhazleyana Azreen Abdul Hamid, kedua-duanya berusia 40 tahun didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Aisha Farhana Muhammad Khirul Azral, lapan tahun, di sebuah rumah di Jalan Desa Pengkalan Bandaraya 18, Desa Pengkalan, Lahat di Ipoh antara 10 malam 13 Mei hingga 7 pagi 14 Mei lepas, lapor Bernama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pasangan suami isteri yang juga peniaga kecil itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Azlina Rasdi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nurul Syuhada Mohd Yusof.

Mereka juga menghadapi dua pertuduhan mendera kanak-kanak lelaki yang juga adik si mati dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norashima Khalid.

Kedua-duanya didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa berusia tujuh tahun telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu dengan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di tempat sama pada 1.30 petang dan 10.30 malam, 13 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hafizah Mohammad Pauzi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bagi kes berkenaan.

Nurul Hafizah tidak menawarkan jaminan kerana kedua-dua tertuduh telah didakwa atas pertuduhan membunuh dan mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semula semua kes itu.

Pada 15 Mei lepas, polis menahan pasangan suami isteri itu susulan laporan kematian kanak-kanak perempuan berkenaan daripada pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada 3.14 pagi.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok