Denda RM2,000 atau penjara jika guna nombor plat ‘fancy’

June 12, 2022 · Isu semasa

Terdapat undang-undang yang memperuntukan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara atau kedua-duanya yang boleh dikenakan terhadap individu atau pemilik kenderaan yang menggunakan plat ‘fancy’ tidak mengikut syarat.

Tindakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan plat tidak mengikut spesifikasi boleh diambil bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, pemilik kenderaan juga boleh didakwa di mahkamah mengikut Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Kompaun tidak melebihi RM250 juga boleh dikenakan dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

“Mereka diberi masa selama sepuluh hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran yang mengikuti spesifikasi,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Antara kenderaan yang diambil tindakan oleh JPJ Selangor kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ekstrem.

Tambah Khairul, nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan serta tidak menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’ yang boleh mengelirukan.

Dalam pada itu, JPJ Selangor telah melaksanakan Op Nombor Pendaftaran di Seksyen 15, di sini pada Jumaat.

Katanya, operasi bermula jam 8 malam telah mengambil tindakan ke atas 35 kenderaan membabitkan motosikal serta kereta persendirian mempamerkan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau tidak mengikut spesifikasi.

“Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,” ujarnya.

Katanya lagi, untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Berita berkaitan
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok