Defisit negara berbanding KDNK masih yang terendah: Mustapa

April 18, 2021 · Isu semasa

Nisbah defisit daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia merupakan yang terendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu berkata negara seluruh dunia bergelut untuk berjimat cermat, malahan negara besar pengeluar minyak turut menghadapi defisit akibat kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Realitinya seluruh dunia menghadapi kekangan serta defisit besar malah negara-negara pengeluar minyak pun menghadapi defisit.

“Ada sesetengah negara mengalami defisit dalam belanjawan mereka sekitar 10 peratus dan 15 peratus pun ada,” katanya dipetik dalam Bernama.

Menurut Mustapa, semua negara di dunia kini sedang berdepan cabaran ekonomi bagaimanapun kerajaan Perikatan Nasional sentiasa mencari jalan dan pendekatan yang terbaik demi menjaga keperluan rakyat.

“Itu realitinya hari ini dan perkara ini bukan boleh disorok. Ini cabaran ekonomi terbesar dengan apa yang melanda di Malaysia dan negara lain.

“Kita berhutang disebabkan hasil jatuh dan pada masa sama, keperluan kita meningkat maka perlu berbelanja lebih kerana keutamaan kerajaan adalah menjaga keperluan rakyat,” katanya.

Mustapa berkata namun dengan apa jua situasi, kerajaan tetap bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara dengan merangka pelbagai strategi seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasakan perusahaan mikro.

Mustapa hari ini menghadiri Sesi Libat Urus Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020: Status Pembancian Peringkat Negeri Kelantan di Wisma Persekutuan.

Terdahulu, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilaporkan berkata defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat kepada 6.0 peratus tahun ini daripada unjuran awal 5.4 peratus susulan pelaksanaan pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberitahu sebelum ini negara sudah kekurangan sumber dan hasil kerana sudah membelanjakan hampir RM600 bilion dalam memperkenalkan program pemulihan ekonomi negara.

Berita berkaitan
Pemilihan PKR: Selepas laporan SPRM, seorang calon Ketua Cabang tampil buat penafian
May 19, 2022· Politik
KDNK negara berkembang 5.0 peratus suku pertama, meningkat berbanding 2021
May 13, 2022· Isu semasa
Ketua Audit bimbang kerajaan guna hutang baharu bayar hutang matang
October 28, 2021· Isu semasa
Gunakan tempoh sebulan untuk stabilkan negara, kata Menteri Ekonomi
August 5, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok