Deepavali : Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan malam ini

October 21, 2022 · Isu semasa

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan susulan pertambahan kenderaan di jalan raya berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali, lapor Bernama.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan kenderaan bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari arah timur (Kuantan) sebelum memasuki Plaza Tol Gombak dan dari Lentang ke Plaza Tol Bentong.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan arah barat dari Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak dan ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), selain perlahan arah selatan dari Plaza Tol Sungai Besi ke Bangi, Seremban ke Senawang, Senawang ke Pedas Linggi dan dari Kempas ke Pasir Gudang.

Sementara itu, di arah utara, kenderaan bergerak perlahan dari Pasir Gudang ke Dato’ Onn, Senai ke Kulai, Pedas Linggi ke Port Dickson dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke ibu kota.

Selain itu, arah selatan dari Juru Autocity ke Plaza Tol Juru, Bukit Tambun ke Jawi dan dari Terowong Menora ke Ipoh Utara manakala arah utara dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R Sungai Buloh) ke Hospital Sungai Buloh dan sebelum keluar Plaza Tol Rawang Selatan.

“Peningkatan kenderaan di atas jalan raya sejak petang tadi dijangka terus berlarutan menjelang tengah malam,” kata jurucakap LLM.

Semalam, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan 1.9 juta kenderaan dijangka akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Oktober ini.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok