Deepak nafi ugut Presiden MCA

March 15, 2023 · Isu semasa

Ahli Perniagaan, Deepak Jaikishan menafikan beliau adalah individu yang didakwa membuat ugutan terhadap Ahli Parlimen penyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong, berhubung isu bekalan telur import.

Menurut laporan BH hari ini, Deepak memaklumkan beliau tidak pernah berhubung dengan bekas Menteri Pengangkutan itu berkait apa-apa perkara pun.

“Saya tidak pernah call ‘hubungi’ dia, nombor telefon dia (Ka Siong) pun saya tiada. Macam mana pula ada berhubung dengan dia, ini tidak benar,” katanya.

Ketika ditanya, kemungkinan orang yang membuat panggilan itu menyamar dan menggunakan namanya, Deepak berkata,

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada pihak tertentu yang menyamar dan menggunakan namanya, namun menyatakan kemungkinan Ka Siong tidak berkata benar.

Terdahulu, Ka Siong pada sidang Dewan Rakyat hari ini (15 Mac 2023) mendakwa menerima ugutan berhubung kenyataannya di Parlimen membabitkan isu bekalan telur ayam import.

Beliau mendakwa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai ‘Deepak’ dan mewakili syarikat J&E Advance Tech, pagi semalam.

Ka Siong berkata, pemanggil lelaki itu mendakwa sudah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk beliau memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Mengulas lanjut Deepak berkata beliau tidak faham mengapa dirinya kebelakangan ini sering dikatikan dengan isu bekalan telur import termasuk bukan sahaja oleh Ka Siong, malah oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak tahu mengapa Ka Siong berkata tentang sesuatu yang tidak benar di Parlimen, jika beliau berani dan bercakap benar, bercakaplah di luar Parlimen.

“Saya rasa pelik juga kenapa dia berkejar-kejar ke arah Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk ambil surat imuniti (daripada tindakan saman) semalam, mungkin sebab dia bercakap perkara yang tidak benar.

“Sekiranya beliau bercakap benar, bercakaplah di luar Parlimen dan berani hadapilah sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, memberi jaminan bahawa apa-apa ucapan dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jaminan itu diberi selepas Ka Siong dikatakan diancam tindakan saman daripada pengimport telur dari India susulan ucapannya dalam Dewan Rakyat, penghujung Februari lalu.

Laporan petik Ka Siong dedah pengimport telur guna nama PMO

Berita berkaitan
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Gambar tular dengan Mat Sabu, Saravanan sahkan gambar asli
March 13, 2023· Isu semasa
Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur
March 13, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok