Debat bukan perkara jahat, PKR bidas Najib penakut beri banyak alasan

April 13, 2022 · Isu semasa

PKR membidas Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang penakut untuk berdebat apabila memberi banyak alasan dengan kononnya mahu menumpukan kepada amalan ibadat pada bulan Ramadan.

Bekas Perdana Menteri itu mengelak dan tidak mahu berdebat pada bulan Ramadan, malah baru-baru ini tular videonya mengambil wudhuk dengan cara tersendiri dan bersolat tarawih lapan rakaat yang menimbulkan rasa tidak puas hati jemaah tempatan baru-baru ini.

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Najib tidak perlu memberi banyak alasan yang tidak munasabah, malah agama Islam tidak melarang penganutnya berdebat semasa bulan puasa tetapi melarang daripada melakukan perkara yang jahat.

“Di bulan Ramadan apa yang dilarang ialah berbuat jahat, umat Islam tidak dilarang berdebat.

“Kalau Najib tidak berasa yakin pada bulan Ramadan, cakap je la tak yakin sekarang,” kata Fahmi dipetik portal Malaysiakini.

Terdahulu, pengikut fanatik atau macai setia Najib, Isham Jalil mempertahankan bosnya itu daripada berdebat pada bulan Ramadan hanya sedia berdebat selepas bulan puasa nanti.

“Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati,” kata macai Najib dalam Facebooknya semalam.

Najib dan Anwar bakal berentap dalam satu debat susulan cabaran yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen (MP) Pandan, Rafizi Ramli berhubung isu melibatkan Sapura yang sedang berdepan isu aliran kewangan.

Dijangkakan program debat itu bakal disiarkan secara langsung, dan beberapa agensi media dilaporkan sedang berbincang untuk menganjurkan acara itu.

Anwar menerima cabaran itu semalam, dan berkata pendiriannya kekal tidak berubah sejak pertama kali mencabar Najib untuk berdebat mengenai ekonomi lebih sedekad lalu, yang akhirnya tidak berlaku.

Sapura ialah syarikat senarai awam yang telah menerima pelaburan besar daripada syarikat milik kerajaan iaitu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bertanggungjawab ke atas dana seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

PNB memegang 40 peratus kepentingan dalam Sapura, meningkat daripada 10 peratus daripada 2018 kerana ia terus menyalurkan dana kepada syarikat bermasalah itu.

Bagaimanapun, Sapura baru-baru ini memerlukan bantuan kewangan seterusnya yang menimbulkan persoalan sama ada PNB perlu terus menyuntik dana untuk mengeluarkan firma itu daripada masalah kewangannya.

Najib telah mencadangkan bail out kerajaan bagi menyelamatkan Sapura, ia bagaimanapun dibantah Rafizi dengan menyifatkan pengurusan baru syarikat itu mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
20 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
20 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok