DBKL nafi beri projek RM30.75 juta kepada SCIB tukar tiang lampu

June 12, 2022 · Isu semasa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

“DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL,” kata DBKL menurut laporan Bernama.

Sebelum ini media melaporkan SCIB melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk DBKL.

Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL itu dijangka bermula pada bulan ini dan berakhir pada Mei 2023.

Perkara itu mencetuskan komen beberapa pihak yang mempertikaikan nilai kontrak yang disifatkan tidak sepadan dengan kerja pembinaan yang dinyatakan dan meminta penjelasan DBKL berhubung perkara itu.

Semalam, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng mahu kerajaan menjelaskan setiap butiran berhubung kos 200 unit tiang lampu untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut dan kewajaran jumlah tersebut.

Tegas Lip Eng, orang ramai berhak mengetahui kewajaran kos keseluruhan untuk kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian 200 unit tiang lampu tersebut.

Memetik laporan Berita Harian 7 Jun lalu, SCIB, melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd.

Pengeluar produk pembinaan dan konkrit itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk DBKL.

Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL dijangka bermula pada Jun 2022 dan berakhir pada Mei 2023.

Berita berkaitan
Kos 200 tiang lampu DBKL bernilai RM30.75 juta dipersoal MP DAP
June 11, 2022· Isu semasa
Peruntukan DBKL akan diguna serta-merta bagi atasi banjir kilat: Shahidan
April 28, 2022· Isu semasa
DBKL luluskan 72 lokasi bazar Ramadan di KL mulai Ahad
March 29, 2022· Isu semasa
DBKL gerak aset ke Taman Sri Muda bantu mangsa banjir: Shahidan
December 21, 2021· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok