DBKL gerak aset ke Taman Sri Muda bantu mangsa banjir: Shahidan

December 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Wilayah Persekutuan telah menggerakkan aset air Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi lain di bawah kementerian itu, bagi mempercepatkan urusan mengeluarkan mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sebanyak 10 bot daripada pihak berkuasa tempatan itu serta aset-aset bantuan lain, telah digerakkan ke kawasan terbabit, menurut laporan Bernama.

“Keadaan banjir sudah berkurang di Wilayah (Kuala Lumpur), saya telah kerahkan mereka untuk datang di sini (Taman Sri Muda).

“Setakat ini yang ada di sini sudah dua pasukan penguatkuasa daripada semalam. Pasukan tambahan daripada DBKL dalam proses perjalanan ke sini,” katanya pada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.

Shahidan berkata pihaknya juga menyiapkan 2,000 pek makanan untuk diagihkan hari ini, manakala sebanyak 3,000 lagi akan diagihkan esok.

“Keperluan lain dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kami akan bagi jika ada permintaan,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok