Datuk, wanita antara lima ditahan rasuah projek MRT lebih RM650 juta

March 22, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manahan tiga pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Bernama memetik sumber SPRM sebagai berkata, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk serta seorang wanita berusia antara 43 dan 63 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Sumber itu berkata dua bekas pengarah syarikat itu dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat tersebut sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.

Tiga pengarah syarikat kejuruteraan itu kini direman hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 manakala dua bekas pengarah pula tidak direman atas faktor kesihatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas menerima permohonan SPRM.

Dua bekas pengarah itu pula diperintah hadir ke Ibu Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu· Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu· Isu semasa
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023· Politik
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok