Datuk Seri Vida dituduh muat naik komunikasi sumbang

November 8, 2022 · Isu semasa

Usahawan kosmetik terkemuka Datuk Seri Hasmiza Othman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini (8 November 2022, terhadap satu pertuduhan memuat naik komunikasi bersifat sumbang pada Mei lalu membabitkan video muzik ‘Muah Muah Raya’.

Dia yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida serta DSV membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Vida, 51, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada 29 April lalu melalui akaun YouTube DSV Entertainment.

Video berkenaan kemudian dilihat di di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 5 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, Vida selaku Orang Kena Saman (OKS) boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, menurut BH.

Timbalan Pendakwa Raya SKMM Fazril Sani Mohamed Fadzil, mencadangkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Vida, Datuk Adnan Seman memohon jaminan diturunkan kepada RM2,000 dengan alasan ia kesalahan pertama OKS.

Ahmad Fuad kemudian mengarahkan Vida membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
December 8, 2022· Isu semasa
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok