Datuk Seri tipu Datuk kes tender pembersihan DBKL

July 22, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan kes penipuan urusan tender pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah menerima aduan seorang pelakon popular bergelar ‘Datuk’.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata lelaki berumur 26 tahun itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan akan diserah kepada IPD Sentul esok untuk siasatan lanjut.

“Pada 21/7/2021 jam lebih kurang 11.30 pagi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sentul telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa iaitu seorang pelakon berpangkat Datuk berusia 41 tahun yang menyatakan telah ditipu dalam satu urusan penyambungan tender pembersihan dengan pihak DBKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah berkenalan dengan suspek, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Seri menawarkan tender projek pembersihan dari DBKL.

Katanya, mangsa kemudian diminta membayar satu peratus daripada nilai harga tender projek sebagai cagaran, sebelum dipersetujui mangsa yang kemudian memasukkan RM18,000 ke dalam akaun peribadi suspek.

“Setelah pembayaran dibuat, mangsa telah menghubungi suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan tawaran projek tersebut namun pelbagai alasan diberikan dan kini telah gagal dihubungi,” katanya.

Beh berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara selama satu tahun hingga 10 tahun dan dikenakan sebat.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dan sentiasa berhati-hati dengan segala bentuk tawaran projek.

“Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Response Center melalui talian 03-26101559/1559 jika mempunyai sebarang keraguan mahupun untuk maklumat berkenaan kegiatan jenayah komersial,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok