‘Datuk Seri’ antara 10 ditahan kes penipuan skim pelaburan forex

January 5, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu, termasuk seorang bergelar Datuk, yang disyaki terlibat dalam skim penipuan pelaburan forex (tuakaran asing) di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor, Sabtu lalu.

Pada masa sama polis turut merampas pelbagai barang antaranya sembilan kenderaan mewah, 64 jam tangan dan lima jongkong emas seberat lima kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM127 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia dari 29 hingga 64 tahun, lapor Bernama.

“Sindiket ini dikenali sebagai Pelaburan Forex GCG Asia dan aktif sejak 2018 dan kesemua suspek berperanan sebagai broker, ejen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

Sindiket ini menyasarkan warga tempatan sebagai mangsa dan mereka mempromosikan pelaburan berasaskan forex dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 hingga 14 peratus daripada jumlah modal yang dilaburkan,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Mohd Kamarudin berkata sindiket berkenaan memberitahu pelabur mereka bahawa wang pelaburan akan dilaburkan oleh syarikat GCG Asia dalam pelbagai medium untuk menjana keuntungan yang besar.

Menurutnya, pelabur akan diberi pautan laman sesawang pelaburan bersama dengan kata laluan dan akan dapat melihat jumlah keuntungan yang diterima namun keuntungan tersebut tidak dapat dipindahkan atau ditunaikan.

“Sindiket ini kemudian akan memutuskan perhubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan berkenaan secara tiba-tiba. Pelabur yang tidak berpuas hati akan berasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes sedang disiasat berkait penipuan Pelaburan Forex GCG Asia melibatkan kerugian berjumlah RM2.9 juta,” katanya.

Beliau berkata sembilan daripada suspek direman sehingga hari ini manakala seorang lagi direman semalam dan permohonan untuk melanjutkan reman mereka sedang dilakukan.

Empat daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah dalam kes penipuan.

Kamarudin berkata, hasil siasatan setakat ini, tiada sebarang orang kenamaan (VIP) yang terlibat dengan sindiket ini.

“Dalang berusia 40 tahun bergelar ‘Datuk’ yang menamakan dirinya sebagai ‘Datuk Seri’ dalam modus operandi mereka. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana dalam bidang ‘Business Administration’ (Pentadbiran Perniagaan),” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan iklan-iklan promosi pelaburan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

Katanya orang awam perlu membuat semakan terhadap status skim pelaburan dan syarikat yang menawarkan pelaburan tersebut sama ada dilesenkan oleh pihak Bank Negara Malaysia atau tidak dalam menjalankan aktiviti pelaburan.

“Membuat pengesahan akaun, dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

Sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai apa-apa maklumat berkenaan sindiket penipuan yang terdapat di media sosial,” katanya.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Penipuan dalam talian direkodkan tertinggi setakat Julai tahun ini
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
2 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Kementerian ambil tindakan segera insiden pelanggaran data iPay88
6 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
6 jam lalu · Isu semasa
Jumlah pesakit sembuh semalam mengatasi jangkitan baharu Covid
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok