Datuk Bandar sahkan SPRM serbu MBSA

September 24, 2022 · Isu semasa

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor, mengesahkan kehadiran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 14, Shah Alam, Isnin lalu.

“Memang benar tetapi bukanlah serbu, saya juga tidak pasti, cuma kita belum dapat maklumat sebenar kes apa yang disiasat.

“Kita masih belum mendapat penjelasan lanjut dari SPRM. Pihak SPRM sahaja yang boleh mengesahkan,” katanya menurut laporan media hari ini.

“Apabila mereka masuk, mereka meminta fail (dokumen), kami memberi kerjasama dan memberikan apa yang mereka mahu lihat. Kita sedang menunggu laporan (daripada SPRM) untuk mengetahui sebab di sebalik serbuan dan apakah isunya, untuk mendapatkan gambaran lengkap.”

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu pejabat MBSA dalam siasatan dipercayai berkaitan projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

Menurut laporan itu, tiga individu ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media turut melaporkan enam individu termasuk empat wanita berusia antara 30 hingga 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 sekitar 2016 hingga tahun lalu.

Sumber berkata tiga suspek adalah ketua pegawai operasi, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan yang mana mereka dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua syarikat yang terbabit dalam kerja menaik taraf saliran dan projek tebatan banjir di Selangor sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Projek pertama adalah kerja-kerja menaik taraf saliran membabitkan nilai lebih RM250,000 manakala projek tebatan banjir bernilai lebih RM600,000.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak wajar ugut penjawat awam hanya nak menang PRU-15: Perikatan Nasional
November 18, 2022· Politik
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Mangsa banjir Shah Alam meningkat 633 orang
November 11, 2022· Isu semasa
Fitnah projek RM2 bilion, Tuan Ibrahim hantar surat peguam kepada Rafizi
November 10, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok