Datuk antara dua marshal motosikal ditahan langgar peraturan jalan raya

December 7, 2021 · Isu semasa

Polis Port Dickson menahan dua individu, termasuk seorang yang bergelar Datuk kerana melanggar peraturan lalu lintas setelah aksi mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi menghalang laluan, tular dalam Facebook Ahad lalu.

Rakaman video berdurasi tiga minit menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan sekumpulan kira-kira 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata dalam rakaman dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sungai Baru Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua lelaki terbabit berusia 45 dan 49 tahun yang hadir pada jam 12.45 dan 2.30 petang ditahan di Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

“Salah seorang berpangkat Datuk adalah ahli perniagaan dan seorang ejen insurans telah hadir ke balai trafik sejurus selepas mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

“Pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata polis turut merampas dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam.

Menurutnya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967; Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas); dan Kaedah-kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

“Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.

“Pihak Ppolis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,” katanya.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok