Datang awal ke masjid dan jangan guna kabel, kata Timbalan Menteri

September 18, 2021 · Isu semasa

Orang ramai digesa datang awal ke masjid dan menasihati supaya tidak menggunakan kabel untuk mendapat tempat semasa menunaikan solat Jumaat di masjid, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ahmad Marzuk berkata kontroversi yang berlaku baru-baru ini kerana terdapat segelintir individu diberikan keistimewaan menyebabkan timbul ketegangan dan rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi masjid.

“Setiap orang yang nak ke masjid itu, tidak kira ‘kabel’ atau ‘booking’ tidak perlu. Jika tidak dapat solat Jumaat, lebih baik balik kerana boleh dapat ‘rukhsah’.

“Mereka boleh balik dan menunaikan solat Zuhur. Jangan menimbulkan ketegangan dengan perkara yang tidak elok dan menyebarkan cerita yang memburukkan institusi masjid,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Terdahulu, Ahmad Marzuk menghadiri program penyampaian Bantuan Secara Pandu Lalu Kepada Pelajar Cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) di Kota Bharu hari ini.

Beliau turut menyifatkan tindakan menunding jari terhadap pihak masjid kerana menghadkan kehadiran orang ramai adalah tidak wajar kerana mereka hanya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Apa yang dilakukan oleh pihak masjid itulah yang terbaik berdasarkan kebenaran prosedur operasi standard (SOP). Mereka tak boleh pandai tambah (jumlah jemaah) di luar bidang kuasa mereka, misalnya Kelantan hanya membenarkan 40 jemaah untuk solat Jumaat,” katanya lagi.

Ahmad Marzuk berkata, setiap orang perlu memahami agama itu dengan cara hukum sebenar, bukannya dengan kehendak sendiri.

“Hendak buat baik, tetapi kita guna cara apa sekalipun dan itu tidak betul. Ada orang guna cara sebenar dengan pusing beberapa masjid dan semua penuh, sebelum balik solat Zuhur di rumah.

“Cara ini dia dapat rukhsah kerana sudah usaha. Ini tiada tempat, tetapi tunggu juga di luar sehingga menimbulkan perkara yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata, jika untuk imam, bilal dan kakitangan masjid perlu ada tempat untuk mereka bagi membolehkan solat Jumaat diteruskan.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok