Dasar Kerajaan PN berdasar prinsip hormat dan keadilan: Muhyiddin

April 12, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menghargai peranan masyarakat majmuk yang tinggal di Malaysia dengan menyifatkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya mengamalkan dasar berlandaskan prinsip hormat dan keadilan kepada semua.

Perdana Menteri menggesa orang ramai supaya belajar untuk mengenali serta memahami satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama demi menjaga keharmonian semua kaum yang tinggal di Malaysia ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa dasar Perikatan Nasional sangat berlandaskan prinsip hormat, inklusif dan keadilan.

“Oleh itu, penting bagi kita untuk saling mengenal dan memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain,” katanya selepas menghadiri Majlis Hi Tea sempena sambutan Hari Vaisakhi hari ini.

Muhyiddin berjanji masyarakat minoriti yang tinggal di Malaysia tidak akan dipinggirkan, disamping mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk semua 120 kuil Sikh di negara ini. Jumlah itu meningkat berbanding hanya RM2.18 juta pada tahun 2020.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan perlu berbelanja secara berhemah memandangkan kesan pandemik Covid-19 yang banyak memberi impak besar terhadap ekonomi dan juga pendapatan negara.

“Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan,” katanya lagi.

Jelas Muhyiddin, pendapatan negara juga terkena tempias dan hasil negara juga berkurangan tidak sama sebelum pandemik tersebut merebak ke seluruh dunia, bagaimanapun kerajaan akan berusaha memastikan semua kehidupan rakyat di Malaysia terbela.

“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya.

“Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok