Darurat: Mahkamah tolak saman Khairuddin terhadap Muhyiddin, kerajaan

August 24, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk membatal saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan Covid-19.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Khairuddin ketika dihubungi berkata Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding secara dalam talian.

“Mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan anak guam saya,” katanya dan menambah bahawa beliau akan mendapatkan arahan Khairuddin sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu.

Memetik Bernama, Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy mewakili bekas perdana menteri itu dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada 17 Februari lalu, Muhyiddin dan kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Khairuddin atas alasan saman tersebut remeh, menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Khairuddin memfailkan saman pemula itu pada 18 Januari lalu, antara lain memohon mahkamah memutuskan empat persoalan undang-undang dan keperlembagaan berhubung proklamasi darurat tersebut.

Bagaimanapun pada 23 Jun, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk merujuk empat persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Muhyiddin, pada hari sama, menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat itu bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa 11 Januari hingga 1 Ogos 2021.

Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
October 6, 2022
PLUS jangka lebuh raya sesak mulai Jumaat
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
13 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
13 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
14 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
14 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
15 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok