Darurat diisytihar untuk elak penularan Covid-19, jangan jadi macam di India

May 8, 2021 · Isu semasa

Langkah melaksanakan Ordinan Darurat yang bertujuan untuk mengelakkan kempen pilihan raya dan perhimpunan besar-besaran diadakan adalah bagi menyekat penularan wabak Covid-19 daripada merebak dengan lebih cepat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menggesa agar keadaan yang berlaku di India dijadikan pengajaran apabila kelonggaran sekatan pergerakan diberikan dikatakan menjadi punca utama penularan virus pembunuh tersebut sehingga membawa musibah yang lebih besar.

“Apabila 7 Mac pemimpin mereka telah isytiharkan kawalan pandemik Covid-19 amat baik dan akan tamat di India

“Jadi bila perkara itu dimaklumkan, ramai rakyat India dah tak patuh dengan undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP), sekatan diberikan kelonggaran, perhimpunan berlaku di pantai, dan perhimpunan berlaku di upacara keagamaan dan perkahwinan, dan jangkitan pun berlaku,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, India juga mengadakan pilihan raya sehingga tiada penjarakkan sosial dan orang ramai juga tidak memakai pelitup muka, malah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu juga adalah contoh terbaik virus tersebut kembali menular dengan banyak kes.

“Mereka juga mengadakan lima pilihan raya negeri. iaitu satu kempen melibatkan 200,000 orang, tiada penjarakan fizikal, dan tidak memakai penutup muka, jadi jangitan berlaku. Kita kena belajar dari India untuk elak pilihan raya.

“Kita amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum akan berlaku peningkatan kes seperti PRN Sabah dan ia akan menyukarkan usaha kita membendung penularan Covid-19,” katanya.

Jelasnya lagi, jika pilihan raya diadakan kemungkinan perhimpunan besar-besaran tidak dapat dielak dan risiko sangat tinggi kes jangkitan akan bertambah.

“Sebagai contoh kluster Pasai yang merentas negeri dari Johor balik ke Sarawak telah menyebabkan lebih 2,000 jangkitan.

“Bayangkanlah kalau orang Sarawak balik daripada Sabah dan Semenanjung untuk mengundi di kawasan pedalaman, jadi jangkitan pasti akan berlaku.

“Inilah kebimbangan kita. Kalau jangkitan berlaku di kawasan pedalaman di Sarawak, pusat kesihatan kita mungkn tidak mampu mengesan dan merawat pesakit tersebut. Jarak kawasan pedalaman yang jauh, agak sukar untuk kita memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut,” ujarnya lagi.

Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengisytiharan Proklamasi Darurat sekaligus menangguhkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, blok pembangkang dan UMNO mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membatalkan perintah darurat dan membubar Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya diadakan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok