Darjah kebesaran Selangor kepada Najib, Rosmah ditarik balik

September 12, 2022 · Isu semasa

Darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1992 dan 2004 dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Selain itu, darjah kebesaran yang diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pada 2005 turut ditarik balik selepas disabitkan bersalah di mahkamah, sementara Najib pula dihukum penjara.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata keputusan diambil oleh Sultan Selangor berhubung penarikan darjah kebesaran itu dibuat selepas baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.

Katanya, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

“Beliau didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

“Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran SPMS yang membawa gelaran Datuk Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Haris memaklumkan, Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan pada Datin Seri Rosmah Mansor pada 2005 turut ditarik balik.

Katanya, Rosmah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

“Pada 1 September lalu, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadapnya, keahliannya ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September.

Pasangan itu juga telah dilucutkan gelaran mereka di Negeri Sembilan pada 2018.

Bagaimanapun, pasangan itu masih mempunyai banyak gelaran Datuk Seri dari negeri lain.

Najib mempunyai sembilan darjah kebesaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Rosmah pula mempunyai gelaran dari Pahang, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Seri atau yang setaraf dengannya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Haris memaklumkan Darjah Kebesaran yang dikurniakan pada Mohd Arif Abd Rahman turut ditarik balik.

Katanya, Mohd Arif dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2005; Darjah Kebesaran Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) Kelas Ketiga pada tahun 2003 dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor(AMS) Kelas Keempat pada tahun 2001.

“Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah dan pada 23 Januari 2021, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.

“Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahliannya ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September,” katanya.

Beliau berkata, penarikan balik dan pembatalan keahlian ketiga-tiga individu berkenaan selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok