Daripada bayar kos pampasan kepada bank, lebih baik salur kepada rakyat

June 5, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan menanggung kos pampasan tidak diperlukan sama sekali kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal dilaksanakan kepada semua peminjam bank.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, meskipun Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil alih dan menggembleng apa jua sumber diperlukan untuk kepentingan negara, bagaimanapun ada terma yang perlu kerajaan penuhi.

Jelasnya, di dalam Seksyen 5 ordinan sama juga menyatakan jika kerajaan menggunakan kuasa itu, pampasan harus diberikan kepada pihak yang memiliki sumber tersebut iaitu institusi perbankan.

“Dalam erti kata lain, masih ada kos yang akan ditanggung kerajaan (sekiranya peruntukan Seksyen 5 Ordinan Darurat digunakan bagi melaksanakan moratorium pukal).

“Sekalipun kita boleh melakukan sesuatu, ia tidak bermaksud kita wajar melakukannya,” katanya dipetik dalam kolum eksklusif di Sinar Harian.

Tambahnya lagi, memaksa pihak bank melakukan moratorium secara pukal pada waktu ini bermakna kerajaan mungkin akan menanggung kos pampasan untuk sesuatu yang jelas tidak diperlukan sama sekali.

“Saya lebih rela menyalurkan sumber ini (kos pampasan bank bagi melaksanakan moratorium pukal) untuk membantu rakyat dan perniagaan yang lebih memerlukannya,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan melaksanakan kembali pemberian moratorium automatik kepada semua peminjam bank bagi meredakan keresahan rakyat ekoran pelaksanaan sekatan penuh pergerakan sejak 1 Jun lalu.

Jelas Najib, tuntutan itu wajar memandangkan kerajaan boleh menggunakan ordinan darurat bagi memaksa institusi perbankan melaksanakannya di samping status kewangan kebanyakan bank yang mencatatkan keuntungan bersih sepanjang tahun lalu.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut meluahkan kekecewaan ekoran kenyataan ‘Kerajaan tidak boleh memaksa bank untuk memberi moratorium pukal’ diucapkan beliau telah dipetik segelintir pihak tidak bertanggungjawab secara luar konteks.

Bagaimanapun, beliau bersedia menjelaskan konteks sebenar kenyataan itu mengikut Akta Bank Pusat Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjernihkan kefahaman semua pihak.

Jelasnya, berdasarkan dua akta disebutnya itu, Tengku Zafrul tidak mempunyai kuasa mengarahkan bank untuk memberikan moratorium automatik.

“Tambahan pula, di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, sebarang rang undang-undang baharu perlu mendapat kelulusan Kabinet sebelum diangkat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok