Daripada 22,341 kes baharu, hanya 153 kesbawah kategori tiga hingga lima

March 20, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus daripada 22,341 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam (19 Mac) melibatkan Kategori Tiga hingga Lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata baki 22,188 kes pula terdiri daripada Kategori Satu dan Dua, sekali gus menjadikan kes kumulatif Covid-19 dalam negara berjumlah 3,974,019 manakala 33,347 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,656,415, menurut laporan Bernama.

“Daripada 153 kes Kategori Tiga hingga Lima, 48 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 61 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes telah menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,394 kes Covid-19 pula dimasukkan ke hospital semalam, dengan 554 kes atau 39.7 peratus melibatkan Kategori Tiga hingga Lima, manakala 840 kes atau 60.3 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Beliau berkata sebanyak 390 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 219 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tujuh negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal (ICU) lebih 50 peratus iaitu Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (58 peratus), Sarawak (53 peratus), serta Perak dan Pulau Pinang (51 peratus) sementara Kuala Lumpur dan Putrajaya (67 peratus).

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini ialah 0.92 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.06.

Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.03), manakala Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.01.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kenapa Anwar tak minta Zahid lepas jawatan sehingga kes mahkamah selesai?
May 31, 2023· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023· Politik
Bekas Hakim Mahkamah Syariah dituduh terima rasuah dalam kes hukuman khalwat
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
10 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
10 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok