Dapat pasport ke Singapura, Dr M label Najib penjenayah VIP pertama

October 25, 2021 · Isu semasa

Keputusan mahkamah mengembalikan pasport kepada Datuk Seri Najib Razak dikecam Tun Dr Mahathir Mohamad dengan melabelnya sebagai penjenayah pertama VIP Malaysia mendapat layanan istimewa.

Bekas Perdana Menteri itu mempersoalkan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Najib untuk ke Singapura ia memandangkan sudah disabitkan hukuman, malah kes melibatkannya sudah agak lama tertangguh beberapa kali dan sepatutnya sudah menjalani hukuman penjara.

“Keadilan yang ditangguhkan adalah penafian terhadap keadilan. Namun rayuan ini sepatutnya didengar pada bulan April, enam bulan lepas. Sekarang sudah bulan Oktober.

“Tetapi orang ini sudah kena hukum, tetapi tak masuk penjara, dan dapat escort macam VIP.

“Penjenayah VIP pertama di Malaysia,” kata Mahathir pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan minggu lalu membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Najib mahu menemani anaknya, Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua bulan hadapan.

Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga dikembalikan pasportnya untuk tujuan sama.

Bagaimanapun, Najib pada 22 Oktober menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung 20 November depan.

Untuk rekod, Najib sudah dijatuhi hukuman bersabit satu pertuduhan di mahkamah dan masih berdepan banyak lagi perbicaraan, sementara isterinya juga sedang dibicarakan di mahkamah.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok