Dana KWAN digunakan beli vaksin, laksana program imunisasi: Khairy

April 26, 2021 · Isu semasa

Spekulasi berhubung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) terjawab apabila Khairy Jamaluddin menjelaskan dana tersebut sebenarnya digunakan untuk perolehan vaksin dan perbelajaan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu berkata dana yang digunakan meliputi sejumlah peruntukkan sebanyak RM3 bilion dan RM2 bilion bagi pelaksanaan program imunisasi.

“Dari segi penggunaan duit KWAN itu, perkara tersebut akan dijawab oleh Kementerian Kewangan, saya pengguna duit, bukan pemberi duit, pemberi duit kena jawablah dia ambil duit daripada mana, saya pengguna duit.

“Saya akan jawab dengan teliti nanti (mengenai penggunaannya) dalam kenyataan media…tapi dengan mudah, ia berjumlah RM5 bilion, (iaitu) RM3 bilion untuk pembelian vaksin dan RM2 bilion untuk pelaksanaan program imuniasasi,” katanya lapor Bernama hari ini.

Khairy menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Kedah yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Khairy diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan baru-baru ini, yang mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata jumlah perbelanjaan berkaitan program imunisasi merangkumi penyediaan kemudahan seperti menyewa dewan, pembayaran utiliti, penyediaan makanan selain pembayaran elaun kepada petugas.

“Macam hari ini, saya datang ke Kedah, Menteri Besar Kedah minta duit daripada saya (untuk pelaksanaan program imunisasi), nak ambil daripada mana? Kalau RM3 bilion sudah pakai beli vaksin, takkan pelaksanaan program dibuat secara percuma,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa peruntukan keseluruhan RM5 bilion itu adalah had syiling yang diputuskan Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut setakat ini.

Berita berkaitan
Zahid alu-alukan bekas ahli UMNO ke PAU yang turut dihadiri PMX dan DAP
24 jam lalu· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KJ bakal putuskan segera tawaran Muhyiddin
May 25, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok