Dana Covid-19 tinggal baki RM5 bilion, perlu tambahan: Zafrul

October 11, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memerlukan peruntukan tambahan selepas Kumpulan Wang Covid-19 tinggal berbaki lagi RM5 bilion daripada jumlah RM65 bilion yang diperuntukkan pada tahun lalu.

Perkara itu dibangkitkan Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata rang undang-undang yang pertama meluluskan peruntukan bernilai RM45 bilion pada September 2020, disusuli pindaan had siling daripada RM45 bilion kepada RM65 bilion pada Disember 2020.

“Had siling yang ditingkatkan pada waktu itu bertujuan untuk membiayai empat pakej pertama, iaitu Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Penjana dan Kita Prihatin serta sebahagian dari langkah Belanjawan 2021,” katanya di Dewan Rakyat.

Jelasnya, peruntukan Covid-19 tersebut banyak disalurkan menerusi program bantuan dan pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan sejak awal tahun ini selepas negara masih bergelut dengan penularan Covid-19 yang menyaksikan majoriti rakyat terjejas punca pendapatan mereka.

“Sebagai langkah segera dan proaktif, kerajaan telah melaksanakan empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi iaitu Permai, Pemerkasa, Pemerkasa Tambahan dan Pemulih bagi mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu.

“Keempat-empat pakej tersebut memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion,” katanya.

Justeru, beliau berkata pindaan rang undang-undang dan peningkatan had hutang statutori adalah penting bagi memenuhi komitmen tersebut, serta untuk membiayai langkah yang seterusnya bagi tahun ini dan 2022 dalam memastikan momentum pemulihan negara dapat diteruskan.

“Ingin saya menekankan bahawa berdasarkan kedudukan semasa Kumpulan Wang Covid-19, Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa peruntukan tahun ini tidak mencukupi untuk membiayai pakej-pakej tersebut,” katanya lagi.

Menurut Zafrul lagi, baki siling yang tinggal kini berjumlah RM5 bilion dan memerlukan dana tambahan untuk menampung pakej bantuan yang dirancang kerajaan.

“Ini adalah kerana sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan dan baki siling setakat hujung September 2021 adalah berjumlah RM5 bilion sahaja.

“Mengambil kira keperluan tambahan tersebut, serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan 2022, adalah wajar supaya Akta 830 dipinda untuk menampung peningkatan had siling Kumpulan Wang Covid-19 kepada RM110 bilion,” katanya lagi.

Tambahnya, cadangan itu melibatkan pindaan Akta 830 supaya had statutori hutang ditingkatkan kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 60 peratus sebelum ini serta pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Namun, dalam jangka masa sederhana, kerajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah RMK12 dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025,” katanya.

Berita berkaitan
Dana judi: Bersatu bidas PMX seorang pembohong, mahu ambil tindakan saman
May 26, 2023· Politik
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023· Politik
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
29 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
22 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok