Dakwaan rasuah di Melaka, SPRM minta bukti dari Idris Haron

October 7, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius berhubung isu dakwaan rasuah di Melaka dan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang membuat tuduhan itu mengemukakan bukti bagi menjalankan siasatan mendalam.

SPRM dalam satu kenyataan berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mahupun bukti berkaitan isu dakwaan pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka supaya tampil.

“Mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan melaporkan apa-apa salah laku di bawah Akta SPRM adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan.

SPRM juga berkata akan menghantar pegawainya untuk bertemu Idris bagi mendapatkan maklumat berhubung pendedahan yang dibuat beliau untuk memulakan siasatan.

“Selain itu, SPRM juga akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu terbabit,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan Idris mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Krisis politik Melaka berpunca daripada gerakan menarik sokongan yang diketuai oleh Idris bersama tiga lagi ADUN.

Berita berkaitan
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
22 jam lalu· Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
22 jam lalu· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
11 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
11 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok