Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri

June 3, 2023 · Isu semasa

Kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang milik negeri Kedah tidak perlu ditakuti oleh mana-mana pihak terutama rakyat, lapor MalaysiaGazette.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau percaya sebelum kenyataan itu dibuat secara terbuka, Menteri Besar Kedah itu sudah melakukan kajian secara menyeluruh bukan sahaja daripada aspek sejarah bahkan undang-undang.

“Saya percaya ianya banyak berkait juga dengan isu undang-undang, bukan sahaja sejarah yang perlu diterokai.

“Saya percaya Menteri Besar Kedah sudah menilai dengan sebaik mungkin apa dakwaan beliau itu.

“Jadi saya rasa ianya bukan satu isu yang perlu ditakuti oleh mana-mana,” katanya pada sidang media selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KMI Healthcare dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis (PKENPs), hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr Rayney Azmi Ali dan Pengurus Besar PKENPs, Norsiake Kassim.

Isnin lalu, Muhammad Sanusi menegaskan Pulau Pinang adalah di bawah hak milik Kedah yang mana ketika ini Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan negeri itu.

Muhammad Sanusi berkata sebaliknya Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Mutiara itu masih hak Kedah.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok