Dakwaan Ketua Hakim Negara, suami dilarang masuk istana Kelantan tak benar

August 26, 2022 · Isu semasa

Istana Kelantan hari ini menolak dakwaan sebuah portal yang mengatakan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suami, Datuk Zamani Ibrahim disenarai hitam dan dilarang memasuki istana berkenaan.

Susulan itu, Istana Kelantan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap laporan portal terbabit.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassa, berkata kenyataan yang dikeluarkan portal itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas, malah tidak pernah ada larangan seperti didakwa dikeluarkan oleh Istana Kelantan.

“Istana Kelantan memandang serius tohmahan berbentuk fitnah seperti ini dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada pihak Istana terlebih dahulu mengenai kesahihan berita sebelum disiarkan bagi mengelak daripada mengelirukan masyarakat.

“Pihak istana juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas ini berlarutan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita berkaitan
Baca dan fahami alasan penghakiman, bukan sentimen: Tengku Maimun
September 10, 2022· Isu semasa
Najib jadi PM pertama dihukum penjara walaupun UMNO kembali jadi kerajaan
August 24, 2022· Politik
Jika semua selesai hari ini, tiada alasan Shafee datang esok: Tengku Maimun
August 23, 2022· Isu semasa
Caruman kepada isteri secara sukarela dan suami tidak wajib bayar: Perkeso
July 20, 2022· Isu semasa
Popular
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
37 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
8 minit lalu
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok