Dakwaan kes Covid-19 tinggi daripada sektor perkilangan, pembuatan tak benar

June 28, 2021 · Isu semasa

Sektor perkilangan dan pembuatan bukan penyumbang besar jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara, ia dakwaan tidak benar dilemparkan oleh pihak tertentu yang tidak berasas sama sekali.

Malah, data yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 75 peratus daripada kes-kes positif Covid-19 yang ada pada hari ini adalah bersifat sporadik, yang bermakna virus berkenaan telah berada di dalam komuniti.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hanya lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah daripada sektor perkilangan dan pembuatan.

“Jadi tidak benar untuk meletakkan kesalahan pada sektor ekonomi khususnya sektor pembuatan,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Azmin melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini.

Azmin berkata, apabila kerajaan mengambil keputusan membenarkan beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi, kebarangkalian jangkitan Covid-19 berlaku dalam sektor ekonomi itu ada, tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya, tetapi keputusan itu dibuat untuk kepentingan ekonomi rakyat.

Jelasnya lagi, 25 peratus lagi datang daripada pelbagai bentuk kluster, termasuk kluster tempat kerja yang meliputi sektor perkilangan dan pembuatan.

“Sektor ekonomi, khususnya untuk ‘essential goods and services’, kita telah ambil keputusan membenarkan sedikit aktiviti ini, untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Apabila ada aktiviti ini (ekonomi) kebarangkalian (jangkitan Covid-19) pastinya wujud, tetapi jumlahnya tidaklah besar seperti yang telah diumumkan (daripada keseluruhan kes), kerana virus ini sudah sporadik, berada dalam masyarakat. Sebab itu kita mengajak untuk sama-sama tangani, masalah pandemik ini dengan mematuhi kepada prosedur operasi standard yang ketat,” katanya.

Azmin berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang terlibat sebagai rantaian bekalan global, dan kerajaan tidak mahu ada gangguan terhadap bekalan makanan, keperluan asas serta barangan kesihatan awam, seperti sanitizer dan produk farmaseutikal yang lain.

Dalam pada itu, katanya Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), buat masa ini melibatkan sektor pembuatan serta perkilangan, dan kerajaan akan menumpukan pula kepada sektor pembinaan dan pelancongan dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin turut mengumumkan, seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan vaksin di Pulau Pinang, Johor dan Selangor menerusi PIKAS sejak 16 Jun hingga semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
10 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
10 jam lalu · Isu semasa
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
11 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
14 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok