Dadah: Warga Pakistan terlepas tali gantung, dipenjara 20 tahun

May 24, 2022 · Isu semasa

Seorang warga Pakistan hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar dadah ke atasnya digantikan dengan memiliki dadah.

Sardar Ali Hassan Muhammad, 47, yang merupakan seorang buruh binaan sebaliknya dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana memiliki 1909.8 gram heroin dan “monoacetlymorphines”, lapan tahun lepas, lapor Bernama.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabariah Mohd Yusof and Datuk Rhodzariah Bujang menukarkan sabitan kesalahan mengedar dadah kepada memiliki dadah selepas Timbalan Pendakwa Raya Baizura Kamal memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersetuju menggantikan pertuduhan.

Ong yang mempengerusikan panel hakim itu mengarahkan hukuman penjara 20 tahun Sardar Ali bermula dari tarikh dia ditahan pada 7 Ogos 2014.

Menurut kertas pertuduhan , Sardar Ali melakukan kesalahan itu di kawasan tuntutan bagasi balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor pada jam 1.10 tengah hari 7 Ogos 2014.

Pada 27 Okt 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana mengedar dadah.

Sardar Ali gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 11 Ogos, 2020.

Berita berkaitan
Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah
June 24, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat
June 11, 2022· Dunia
Penemuan gas terbaharu Pakistan di kawasan Waziristan Utara
June 3, 2022· Dunia
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
10 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
14 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok