Cukup bukti Zahid terima RM21.25 juta, kata pendakwaan

October 4, 2021 · Isu semasa

Bukti mencukupi dimiliki pasukan pendakwaan berhubung isu wang RM21.25 juta yang diterima Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada beberapa entiti ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun yang berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkara itu didedahkan oleh saksi pendakwaan sebagaimana yang terdapat dalam lapan pertuduhan rasuah terhadap Zahid.

Menurut laporan Bernama, Gan berkata mengikut tiga pertuduhan yang dihadapi Zahid, sejumlah RM13.25 juta telah diterima sebagai upah membantu Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek tertentu MyEG yang dikaitkan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Bagi lima lagi pertuduhan, terdapat keterangan yang mencukupi bagi membuktikan bahawa tertuduh telah menerima rasuah berjumlah RM8 juta daripada dua syarikat iaitu Datasonic Group Berhad (DGB) (RM6 juta) dan Profound Radiance Sdn Bhd (RM2 juta),” katanya semasa menyangkal hujah pembelaan berhubung kelapan-lapan pertuduhan rasuah yang dihadapi Zahid.

Gan berkata bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad iaitu Chew Ben Ben dan Abu Hanifah Noordin, yang merupakan bekas Pengarah Urusan DGB mendakwa bahawa wang RM6 juta itu adalah diberikan sebagai sumbangan politik kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018.

“Jika benar RM6 juta itu diberikan sebagai sumbangan politik, mengapa ia diberikan kepada tertuduh yang juga adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab menganugerahkan kerja dalam projek membekalkan cip pasport kepada Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB)?

“Dua cek yang dibayar kepada Tetuan Lewis & Co, sebuah firma guaman, tidak mempunyai kaitan dengan BN. Jika benar wang itu adalah sumbangan politik, cek terbabit sepatutnya dibayar kepada BN dan bukan Tetuan Lewis & Co,” katanya.

Berhubung pertuduhan rasuah berjumlah RM5 juta bagi membina sebuah masjid dan sekolah Tahfiz di Bagan Datuk, Perak, Gan berkata sumbangan itu adalah dalam bentuk 24 cek yang diterima oleh tertuduh adalah sebenarnya upah kerana membantu Mastoro Kenny dan Junaith Asharab Md Shariff mendapat projek MyEG di bawah KDN.

Beliau berkata Zahid ingin membina sebuah masjid serta sekolah Tahfiz dan meminta saksi penting pendakwaan iaitu Junaith Asharab menyumbang kepada kos pembinaan.

Gan berhujah bahawa tiga elemen yang perlu dibuktikan mengikut Seksyen 16(1)(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah tertuduh adalah seorang pegawai sebuah badan awam dan beliau secara rasuah menerima ganjaran untuk dirinya.

“Selain itu, ganjaran diterima sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa sahaja berkaitan sesuatu perkara atau urus niaga, secara benar atau dicadangkan atau mungkin berlaku, di badan awam terbabit.

“Ini bukan perkara biasa. Ia tidak melibatkan orang biasa yang sering berkunjung ke kedai mamak dan menikmati secawan teh tarik atau sepinggan of nasi lemak.

“Kes ini membabitkan bekas Menteri Dalam Negeri yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu orang kedua paling berkuasa di negara ini,” katanya sambil menambah oleh itu, bukti yang dikemuka harus diteliti dan diperhalusi oleh mahkamah.

Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan pertuduhah rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi.

Pendakwaan akan menyambung hujahnya esok.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 19 Okt
18 jam lalu· Isu semasa
Pemilik syarikat didakwa terima RM1.1 juta dalam tender notis saman PDRM
18 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022· Isu semasa
9 bekas Menteri Pertahanan, siapa bertanggungjawab dalam skandal LCS? soal Kit Siang
August 15, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok